Azam tahan rasa sakit demi negara

Azam (tengah) tekad mempamerkan aksi terbaik, biarpun dihantui kecederaan lama. - Foto FB FAM
Azam (tengah) tekad mempamerkan aksi terbaik, biarpun dihantui kecederaan lama. - Foto FB FAM
A
A
A

PEMAIN tengah skuad Harimau Malaya, Nor Azam Azih mengakui sukar buatnya untuk menampilkan prestasi terbaik seperti dahulu akibat kecederaan lutut yang dialaminya sejak 2017.

Beliau berkata, sebagai langkah alternatif dia terpaksa mengambil pil tahan sakit setiap kali sebelum perlawanan dan mengikat lutut menggunakan pita apabila sesi latihan.

“Permainan saya tak sama macam dulu disebabkan sakit di bahagian meniscus. Ia mengganggu prestasi saya dalam liga kerana tak boleh betul-betul push.

“Saya seorang pemain yang gemar lakukan pintasan (interception) tetapi sakit dialami ini membuatkan saya sukar untuk buat demikian. Jadi keyakinan saya agak kurang,” katanya.

Bagaimanapun beliau tiada masalah untuk memberikan yang terbaik sekiranya diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk bermain.

Skuad Harimau Malaya dalam persiapan untuk menghadapi Piala Raja Thailand edisi ke-48 berdepan tuan rumah di Stadium Chiang Mai pada 22 September ini.

Dalam pada itu, beliau tidak merasakan ketiadaan Syamer Kutty Abba dalam skuad kebangsaan kali ini akan menjejaskan permainan pasukan kerana terdapat pemain berbakat lain seperti Brendan Gan dan Nazmi Faiz Mansor.

Katanya, dalam tempoh dua hari sesi latihan, jurulatih ada mencuba gandingan beliau dan Gan (Brendan) di bahagian tengah.

Artikel Berkaitan:

“Saya lihat kelebihan pada bertahan ada pada Brendan dan gandingan kami ada nampak sedikit keserasian dalam dua hari sesi latihan ini dan akan terus tingkatkan prestasi.

“Tiada masalah bagi saya untuk bermain dengan sesiapa. Saya pun sudah biasa main bersama Gan dan Nazmi sebelum ini,” katanya pemain Sri Pahang itu.

Menurut Azam, beliau akan menjadikan kejohanan Piala Raja Thailand itu sebagai medan untuknya mencari keyakinan semula dalam permainannya.

Satu lagi perlawanan menyaksikan skuad Trinidad & Tobago berdepan Tajikistan di venue dan tarikh sama.

Jika berjaya menewaskan Thailand, skuad negara bakal mara ke pentas final dan sekiranya tewas, skuad negara bakal beraksi bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.