Warga Arab Saudi ditahan potong pokok guna gergaji

Suspek yang memotong pokok ditahan polis Arab Saudi baru-baru ini. - Foto media sosial
Suspek yang memotong pokok ditahan polis Arab Saudi baru-baru ini. - Foto media sosial
A
A
A

RIYADH - Seorang rakyat negara itu ditahan kerana melanggar undang-undang alam sekitar dengan memotong pokok baru-baru ini.

Suspek telah ditahan di wilayah Rass, sebahagian wilayah Al Qassim selepas muncul dalam satu klip video di media sosial menunjukkan dia memotong pokok menggunakan gergaji elektrik.

Lelaki itu turut memiliki senjata api dan peluru ketika ditahan.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Arab Saudi telah meningkatkan tindakan kerasnya terhadap pelanggaran alam sekitar.

Pada awal bulan ini, polis alam sekitar Arab Saudi berkata, lapan orang ditahan kerana menyalakan unggun api di tapak yang tidak ditetapkan di taman awam.

Mereka yang ditahan itu ialah tujuh warga Arab Saudi dan seorang penduduk Mesir kerana menyalakan unggun api haram di sebuah taman di Al Abha, barat daya Arab Saudi.

Pembakaran pokok secara haram di Arab Saudi boleh dihukum denda sehingga SR$40,000 (RM48,284). - Agensi

Artikel Berkaitan: