Jin Wei tarik diri sertai Sukma MSN 2022

Jin Wei
Jin Wei
A
A
A

HASRAT peminat badminton negara untuk melihat jaguh perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 tidak kesampaian apabila pemain itu mengambil keputusan menarik diri daripada menyertai temasya itu.

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh pengurus pasukan badminton Pulau Pinang, Razlan Rajan Abdullah yang memberitahu alasan Jin Wei menarik diri kerana ingin menyertai Kejohanan Antarabangsa Chattisgarsh di India yang berlangsung serentak dengan acara badminton di Sukma.

"Kami dah cuba sedaya upaya kami, termasuk meminta Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, Yang Berhormat Soon Lip Chee untuk memujuk Jin Wei, tetapi dia masih tetap dengan pendiriannya.

“Ini kerana menurut Jin Wei, dia mempunyai komitmen dengan pihak penajanya, jadi kami tidak boleh berbuat apa-apa mengenai perkara itu.

“Kami akui keputusan diambil Jin Wei amat pahit tetapi kami terpaksa meneruskan perancangan kami, cuma kami terpaksa ubah sasaran kami daripada pingat emas berkemungkinan kepada pingat perak atau gangsa, dengan harapan kini kepada beregu campuran atau lelaki,” jelas Razlan.

Untuk rekod, Jin Wei sebelum ini menjadi pemain termuda memenangi pingat emas dalam acara badminton perseorangan wanita ketika edisi 2014 di Perlis menewaskan pemain Selangor, Yang Li Lian.

Dalam pada itu, Razlan menyifatkan pasukannya sebagai bukan pilihan berbanding pasukan negeri lain biarpun Pulau Pinang turut membariskan berapa pemain kebangsaan antaranya Lee Shun Yang dan Ong Zhen Yi yang baru sahaja memenangi Terbuka Benin tempoh hari.

“Kami mengharapkan undian esok (hari ini) akan memihak kepada kami, dan daripada situ baru kami boleh mencongak peluang kami untuk edisi kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Biarpun tanpa Jin Wei, saya masih percaya kami boleh mencipta kejutan, kerana ia bukanya mustahil." tambah Razlan lagi.