Program 'Visit My Kampung Homestay Kota Aur'

A
A
A
Kanak-kanak Kampung Kota Aur, Kepala Batas mengambil bahagian dalam acara lari dalam guni dan acara tarik upih semasa menyertai Program Visit My Kampung Homestay Kota Aur@Perda hari ini.

Program yang dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu bertujuan sebagai suntikan booster kepada pengusaha-pengusaha homestay untuk kembali beroperasi dengan lebih aktif selepas sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Ia sekaligus bagi mempromosikan homestay dengan aktiviti trademark mengikut lokasi masing-masing dan mewujudkan jaringan kerjasama antara agensi, penyelaras dan pengusaha homestay, pemimpin tempatan dan juga penduduk setempat dalam usaha untuk melonjakkan nama dan kawasan setempat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!