Kempen HIV, AIDS perlu lebih jelas

Dr Rafidah (kanan) bersama Dr Sakinah (tengah) dan Finaz Yunus ketika Program Disebalik Isu Bersama FY pada Jumaat.
Dr Rafidah (kanan) bersama Dr Sakinah (tengah) dan Finaz Yunus ketika Program Disebalik Isu Bersama FY pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kempen bagi menangani masalah homoseksual dan gaya hidup berisiko tinggi perlu lebih jelas untuk generasi akan datang sebagaimana kempen menamatkan generasi rokok, undang-undang GEG (generasi end game).

Profesor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, mesej dan kempen GEG amat kuat dan jelas untuk anak-anak.

“Kita sewajarnya boleh mengatakan kepada anak-anak kita supaya katakan tidak kepada homoseksual tanpa kita sebenarnya menambahkan stigma kepada sesiapa pun.

“Sebab itu, saya kata mereka yang telahpun hidup dalam HIV teruskan mengambil ubat, meneruskan kehidupan anda.

“Tapi kalau boleh anda faham apabila kita melakukan kempen yang tegas, larangan untuk mengamalkan seks songsang ini adalah supaya generasi muda lebih tahu, lebih faham,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Program Disebalik Isu Bersama FY yang dikendalikan oleh Finaz Yunus, disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Program yang membincangkan topik bertajuk HIV, Gay dan Melayu itu turut menampilkan Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah sebagai panelis dan pesakit HIV gay dikenali sebagai Hakim Azman sebagai jemputan khas.

Rafidah menambah, di negara-negara maju usaha tersebut telah lama dibuat.

Artikel Berkaitan:

“Kalau kita tengok negara-negara maju yang telah lama mengamalkan tagline seks selamat ini yang telahpun mempunyai dana perubatan yang besar rawatan,” katanya.