Haaland tak banyak kerenah

Guardiola (kanan) mengakui Haaland merupakan insan sempurna yang mudah untuk diuruskan. - Foto AFP
Guardiola (kanan) mengakui Haaland merupakan insan sempurna yang mudah untuk diuruskan. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan Erling Haaland merupakan insan sempurna yang mudah untuk diuruskan.

Malah menurut Guardiola, penyerang Norway itu boleh menjadi lebih baik pada masa depan selepas dipilih Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk Ogos pada Jumaat.

“Dia seorang penyerang luar biasa. Pada usianya, cita-citanya hanya mahu menjadi lebih baik dan lebih baik lagi pada masa depan.

“Seorang yang sempurna (untuk diurus), seorang yang baik. Ini adalah perkara yang paling penting. Kualiti yang dia miliki sebelum ke sini, juga konsisten,” kata Guardiola menjelang kunjungan aksi Liga Perdana Inggeris ke Wolverhampton Wanderers pada Sabtu

Haaland berusia 22 tahun telah menjaringkan 10 gol dalam enam perlawanan liga serta tiga dalam Liga Juara-Juara sejak menyertai The Citizens dari kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund sebelum ini.

Mengenai perlawanan menentang Wolves yang dijinakkan The Citizens dalam kedua-dua perlawanan musim lalu, Guardiola berkata, anak buah Bruno Lage adalah antara lawan paling sukar sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Malah tanpa berselindung Guardiola menjangkakan satu lagi tentangan sengit pada hujung minggu ini.

“Pasukan yang sama sekali berbeza dengan musim yang berbeza. Mereka pernah bermain lima di bahagian belakang... kini dengan empat.

Artikel Berkaitan:

“Saya sangat kagum dengan cara mereka bermain, tidak dapat diramalkan. Mereka mempunyai banyak perkara yang sangat bagus.

“Bek tengah, menyerang di luar, dalam, banyak bakat dengan (Ruben) Neves, (Goncalo) Guedes, (Joao) Moutinho. Mereka pesaing. Kami perlu bersedia. Kami perlu bersedia dari segi mental,” katanya.

Untuk rekod, pertahanan City, Aymeric Laporte, yang tidak beraksi musim ini berikutan pembedahan lutut, kembali berlatih manakala status bek kanan Kyle Walker masih belum dapat dipastikan untuk perlawanan tersebut.

“Kyle semakin baik, tetapi saya tidak pasti sama ada dia bersedia untuk esok (Sabtu). Kalvin Phillips (yang kembali pada pertengahan minggu dalam Liga Juara-Juara) kini berada pada tahap lebih baik sedikit,” kata Guardiola.