PM ucap Selamat Hari ATM ke-89, jamin kebajikan ATM

Kerajaan akan terus memastikan kebajikan warga ATM terjamin sebagai menghargai khidmat dan bakti mereka. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob.
Kerajaan akan terus memastikan kebajikan warga ATM terjamin sebagai menghargai khidmat dan bakti mereka. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terjamin sebagai menghargai khidmat dan bakti mereka, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sempena Hari ATM ke-89 yang disambut hari ini, perdana menteri menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ATM yang sentiasa bersedia berkorban demi keselamatan Keluarga Malaysia dan kedaulatan tanah air tercinta.

Baginya, pengorbanan para perwira negara ini yang mempertaruhkan nyawa demi bangsa dan negara adalah begitu besar.

"Selamat Menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-89 kepada seluruh warga ATM,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya.

Hari ATM disambut setiap 16 September dengan pemilihan tema tahun ini 'Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama' yang membawa erti pentingnya kerjasama antara ATM dan rakyat dalam memikul amanah secara bersama dalam usaha mengekalkan kesejahteraan dan keselamatan negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: