Ketangkasan Norazlan kecewakan KL City

Norazlan (kanan) menafikan deretan percubaan KL City untuk mengikat aksi Liga Super menentang Melaka United tanpa jaringan malam ini. - Foto FB Malaysian Football League
Norazlan (kanan) menafikan deretan percubaan KL City untuk mengikat aksi Liga Super menentang Melaka United tanpa jaringan malam ini. - Foto FB Malaysian Football League
A
A
A

PENJAGA gol Melaka United (MU), Norazlan Razali layak digelar sebagai hero apabila menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi pada aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur (KL) City malam ini.

Ketangkasan bekas penjaga gawang kebangsaan itu ternyata mengecewakan skuad Warga Kota apabila terpaksa berpuas hati membawa pulang satu mata setelah terikat tanpa jaringan.

Skuad bimbingan Bojak Hodak memperoleh sekurang-kurang empat peluang keemasan untuk menghasilkan gol, namun dinafikan oleh Norazlan.

Pasukan tuan rumah yang 'hilang' khidmat Sony Norde, Emmanuel dan Adriano Narcizo memaksa pengendali, Mohd Asri Ninggal meletakkan Faris Shah di barisan hadapan bergandingan dengan Ifedayo Olusegun dalam usaha tuan rumah menembusi kubu lawan.

KL City bagaimanapun terlebih dahulu melakukan percubaan menerusi Hadin Azman, namun tendangannya tinggi melepasi palang gol pada minit ke-17.

Perlawanan selebihnya menjadi milik pelawat yang bertukar-tukar hantaran dan mengasak kubu tuan rumah untuk memburu gol, namun gagal.

Pasukan tuan rumah kental bertahan dan cuba melakukan serangan balas pantas dalam misi membocori gawang lawan.

Bersambung babak kedua, KL City enggan berputus asa dan hampir membuahkan hasil, namun rembatan kencang Zafri Yahya pada minit ke-47 dinafikan tiang gol tuan rumah.

Artikel Berkaitan:

Ketangkasan Norazlan di gawang memadam impian KL City untuk meraih mata maksimum dan Melaka lega mengikat pasukan pelawat yang ghairah mencipta peluang untuk meledak gol.