Tujuh lelaki terbabit lumba haram ditahan

Antara kenderaan yang disita dalam operasi JSPT di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah selatan pada Khamis.
Antara kenderaan yang disita dalam operasi JSPT di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah selatan pada Khamis.
A
A
A

KAJANG - Tujuh lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram di kawasan rehat dan rawat (R&R) Beranang Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah selatan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjalankan Op Khas Samseng Jalanan pada jam 2 pagi.

"10 lelaki serta 10 kenderaan telah diperiksa dalam operasi berkenaan. Dua lelaki disyaki menjadi penganjur dan lima lelaki yang memandu secara melulu telah ditahan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Zaid berkata, kesemua individu yang ditahan berusia 21 hingga 42 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

"Lima lelaki disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala dua lelaki lagi disiasat mengikut Seksyen 81(3) akta yang sama.

"Sebanyak enam buah kenderaan termasuk sebuah kereta Nissan GT-R disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: