Sorok dadah RM40.95 juta dalam mesin acuan industri

Zazuli (tiga dari kanan) menunjukkan dadah yang dibungkus dengan dengan bungkusan teh.
Zazuli (tiga dari kanan) menunjukkan dadah yang dibungkus dengan dengan bungkusan teh.
A
A
A

NILAI - Taktik licik menggunakan mesin acuan industri sebagai tempat menyembunyikan dadah seberat 676 kilogram dianggarkan bernilai RM40.56 juta berjaya ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada minggu lalu.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zazuli Johan berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar pada 10 September lalu dalam pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah kontena bersaiz 12 meter di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor.

"Hasil pemeriksaan ke atas kontena itu telah menjumpai 676 bungkusan teh dibungkus pembalut aluminium mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 676 kilogram bernilai RM40.56 juta.

"Kesemua bungkusan itu didapati telah disembunyikan di dalam mesin acuan," katanya ketika sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kampung Jijan di sini pada Khamis.

Zazuli (kiri) menunjukkan mesin acuan industri yang digunakan untuk menyembunyikan dadah.
Zazuli (kiri) menunjukkan mesin acuan industri yang digunakan untuk menyembunyikan dadah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kontena tersebut akan dieksport ke Australia dan didaftarkan membawa mesin acuan industri.

Katanya, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan di pelabuhan terbabit dipercayai wakil kepada pemilik kontena terbabit.

"Lelaki itu direman 12 hari bermula 11 September untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kastam tidak menolak kemungkinan lebih ramai suspek akan ditahan dalam masa terdekat berdasarkan penemuan baharu daripada siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata, taktik menyembunyikan bungkusan dadah dalam mesin acuan industri yang berkapasiti besar merupakan modus operandi baharu yang dikesan digunakan suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.