Ular sawa 'serbu' Jabatan Hutan di Bangkok

Rakaman CCTV menunjukkan seorang pegawai wanita bergelut dengan ular sawa yang menyerangnya di dalam sebuah bangunan di Bangkok. - Agensi
Rakaman CCTV menunjukkan seorang pegawai wanita bergelut dengan ular sawa yang menyerangnya di dalam sebuah bangunan di Bangkok. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang pegawai Jabatan Hutan Diraja nyaris dibelit ular sawa apabila reptilia terbabit menyerangnya di dalam Bangunan Jepun di Bangkok pada Isnin lalu, lapor Thaiger.

Rakaman kamera tertutup CCTV menunjukkan seorang wanita berjalan menuju lif dengan dua rakan sejawatannya sebelum ular sawa secara tiba-tiba menyerang kakinya.

Bagaimanapun pada Rabu, sebuah pasukan menyatakan mereka berjaya menangkap salah seekor daripada tiga ular sawa yang dipercayai berkeliaran dalam pejabat jabatan hutan itu.

Menurut Sarjan Mejar Puckpinyayo dari jabatan bencana, ular itu berkemungkinan panjang 3.5 meter dan tidak makan selama beberapa hari serta menjadi punca mengapa ia menyerang pegawai terbabit.

Ular sawa adalah reptilia tidak berbisa dan membunuh mangsanya dengan membelitnya sehingga mati.

Namun, ular ini mampu dijinakkan dan tidak agresif, dalam kes ini pegawai terbabit tidak bernasib baik kerana reptilia itu didapati 'sangat lapar'. - Agensi

Artikel Berkaitan: