Bendera Selangor dikibar separuh tiang selama tiga hari

Sultan Sharafuddin (kanan) bersama mendiang Ratu Elizabeth II ketika lawatan ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. - Foto Facebook Selangor Royal Office
Sultan Sharafuddin (kanan) bersama mendiang Ratu Elizabeth II ketika lawatan ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. - Foto Facebook Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan agar bendera negeri Selangor dikibar separuh tiang selama tiga hari bermula Sabtu ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, ia sebagai tanda menzahirkan hubungan baik baginda dengan mendiang Ratu Elizabeth II.

Haris turut memberitahu bahawa baginda turut bertitah, ia juga bagi menghormati kemangkatan baginda ratu pada Jumaat lalu di Istana Balmoral, Scotland selepas 70 tahun menaiki takhta.

"Selaras dengan titah tersebut, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bermesyuarat pada Rabu menjunjung titah dan mengarahkan agar semua jabatan dan agensi di Selangor mengibarkan bendera Negeri Selangor separuh tiang atas perkenan baginda," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Pada Jumaat lalu, Ratu Elizabeth II, monarki paling lama memerintah dalam sejarah British, mangkat pada usia 96 tahun, menurut pengumuman Istana Buckingham.

Susulan pengumuman kemangkatan itu, putera tertua dalam kalangan empat anak Ratu Elizabeth II, Putera Charles diangkat sebagai raja dan dikenali sebagai Raja Charles III.

Artikel Berkaitan: