Sila log masuk terlebih dahulu.

Video wanita bangun lambat: Dua MP wanita bidas Rina Harun

14 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 14 SEPTEMBER 2022

Dua ahli Parlimen wanita daripada kerajaan dan pembangkang membidas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rina Mohd Harun ekoran video mengaitkan golongan wanita dengan sikap bangun lambat yang dimuat naik dalam media sosialnya, semalam.

Dalam kenyataan berasingan, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menempelak tindakan Rina yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang menteri yang bertanggungjawab kepada wanita.

Datuk Seri Azalina berkata, tindakan itu melambangkan segala usaha kementerian berkenaan menentang keganasan terhadap wanita sia-sia.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa