Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiga lelaki ‘rembat’ kereta mewah kantoi tak sampai 24 jam

14 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 14 SEPTEMBER 2022

Tindakan tiga individu yang mencuri sebuah kenderaan mewah di Pulau Indah, Klang, berjaya ditumpaskan apabila kesemua suspek diberkas tidak sampai 24 jam selepas melakukan kegiatan jenayah tersebut pada Isnin.

Operasi dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis IPK Selangor itu berjaya memberkas kesemua suspek warga tempatan itu di Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan itu berumur antara 30 hingga 40 tahun dan semakan rekod mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Artikel: https://bit.ly/3eO4yK2

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa