Bomba selamatkan tiga keluarga terperangkap banjir

Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Sri Gading.
Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Sri Gading.
A
A
A

BATU PAHAT - Tiga keluarga yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat akibat air pasang besar di Kampung Sri Gading, di sini, pada awal pagi Rabu diselamatkan anggota bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shahrul Nizam Sadri berkata, lapan anggota digegaskan ke lokasi selepas panggilan diterima jam 3.57 pagi.

Katanya kejadian berlaku berikutan hujan lebat yang menyebabkan air naik dan tidak dapat mengalir ke sungai.

Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Sri Gading.
Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Sri Gading.

"Lapan penduduk terjejas kemudiannya diselamatkan pihak bomba. Selain Kampung Sri Gading yang terjejas, tiga lokasi lain terjejas ialah Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading dan Pekan Sri Gading.

"Hujan lebat yang berterusan dan berlaku fenomena air pasang setinggi 0.6 meter yang menyebabkan air tidak dapat keluar cepat ke Sungai Simpang Kanan.

"Bagaimanapun, situasi air pasang di lokasi kejadian mula beransur pulih," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut Shahrul Nizam, mangsa yang terjejas banjir telah dipindahkan oleh ahli keluarga terdekat.

Artikel Berkaitan: