MAIWP lancar Bijaktani Hidroponik Asnaf

A
A
A

Idris (dua dari kanan) bersama Mohd Daud (dua dari kiri) dan Mohd Nizam (kanan) pada majlis penyerahan cek cura berjumlah RM556,220 untuk PPR Pinggiran Bukit Jalil 2 kepada Shamsudin (kiri).
Idris (dua dari kanan) bersama Mohd Daud (dua dari kiri) dan Mohd Nizam (kanan) pada majlis penyerahan cek cura berjumlah RM556,220 untuk PPR Pinggiran Bukit Jalil 2 kepada Shamsudin (kiri).

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan Bijaktani Hidroponik Asnaf MAIWP di PPR Pinggiran Bukit Jalil 2 pada Selasa, bagi membangunkan ekonomi golongan asnaf di Wilayah Persekutuan.

Pelancaran itu memberi peluang kepada asnaf di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) merasai pengalaman bertani secara moden, di samping menjana pendapatan daripada hasil pertanian seterusnya melahirkan usahawan tani yang berdaya saing.

Majlis dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menyampaikan replika cek cura berjumlah RM556,220 kepada Pengerusi PPR Pinggiran Bukit Jalil 2, Shamsudin Shah Saad serta sijil penyertaan kepada asnaf yang terlibat dalam penanaman hidroponik.

Seramai 30 asnaf telah pun memulakan projek perintis tanaman hidroponik iaitu kangkung, sawi, sawi putih, salad bayam dan kailan.

MAIWP turut meluaskan penanaman hidroponik kepada lima buah PPR di sekitar Wilayah Persekutuan iaitu PPR Taman Mulia, PPR Seri Alam, Parlimen Cheras, PPR Raya Permai, Parlimen Bandar Tun Razak, PPR Hiliran Ampang dan PPR Batu Muda.

Hadir sama, Pengerusi MAIWP, Tan Sri Mohd Daud Bakar; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya dan wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismadi Sakirin serta wakil-wakil persatuan penduduk.

Artikel Berkaitan: