Lelaki OBB hilang dari tempat kerja dicari

OBB dicari pihak berkuasa setelah didapati hilang di tempat kerjanya sejak Isnin. -Foto Media sosial
OBB dicari pihak berkuasa setelah didapati hilang di tempat kerjanya sejak Isnin. -Foto Media sosial
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang merupakan Orang Bebas Berlesen (OBB) dicari pihak berkuasa selepas dipercayai menghilangkan diri daripada tempat kerjanya di Padang Tembak di sini sejak Isnin.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, lelaki berusia 37 tahun itu disedari hilang oleh majikannya selepas mendapati OBB itu tidak ada di premis terbabit.

“OBB itu baharu dibebaskan dari Pusat Koreksional Machang sebulan lalu dan bekerja di premis terbabit ketika dalam tempoh pengawasan di bawah Program Pemulihan Dalam Komuniti.

“Dia menjalani hukuman penjara selama 10 bulan atas kesalahan dadah dan bakal dibebaskan sepenuhnya tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau berkata, usaha menjejakinya giat dijalankan dan jika gagal dalam tempoh 48 jam, laporan polis berkaitan kehilangan OBB terbabit akan dibuat.

“Kami meminta kerjasama orang ramai agar menghubungi pihak parol atau Perkhidmatan Komuniti Kota Bharu sekiranya mempunyai maklumat mengenai OBB ini,” jelas beliau.

Sejak Isnin, tular gambar dan maklumat dikaitkan dengan seorang banduan yang didakwa melarikan diri di kawasan Pengkalan Chepa di sini.

Artikel Berkaitan: