Juventus azam benam Benfica

Allegri.- Foto goal.com
Allegri.- Foto goal.com
A
A
A

SETELAH tewas 1-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi sulung Kumpulan H Liga Juara-Juara 7 September lalu, pengendali Juventus, Massimiliano Allegri bertekad untuk melakar kejayaan berdepan Benfica di Turin, pada Khamis.

Katanya, biarpun beberapa pemain tonggak seperti Fereico Chiesa, Paul Pogba, Angel Di Maria dan Wojciech Szczesny berkemungkinan tidak dapat beraksi kerana masalah kecederaan, namun pihaknya yakin pemain-pemain gantian yang beraksi kelak mampu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan.

“Walaupun beraksi tanpa ramai pemain utama, kita tidak ada pilihan selain menang untuk memudahkan lagi perjalanan kita dalam saingan peringkat kumpulan kali ini.

“Apatah lagi kita tewas pada perlawanan pembukaan dan ini memerlukan kita untuk kembali bangkit mencatatkan kemenangan.

“Oleh itu, semua pemain diingatkan untuk memberikan aksi terbaik masing-masing dan mengurangkan kesilapan bagi merealisasikan misi kemenangan berkenaan,” katanya.

Sementara itu Allergri berharap agar kesemua pemain yang beraksi pada perlawanan berkenaan tidak lagi mengulangi kesilapan sebagaimana yang dilakukan ketika berdepan PSG sebelum ini.

Katanya, kesilapan-kesilapan berkenaan dilihat menjadi punca kepada dua gol yang dijaringkan oleh Kylian Mbappe pada perlawanan berkenaan.

“Bagi aksi kedua ini, diharapkan pemain dapat mengurangkan atau tidak melakukan kesilapan yang sama lagi.

Artikel Berkaitan:

“Ini kerana sasaran kita adalah untuk mencatatkan kemenangan dan meraih tiga mata di hadapan penyokong sendiri,” katanya.