Tidak pamer harga, pemilik bengkel dikompaun

Sebuah bengkel yang menawarkan perkhidmatan membaiki dan menjual alat ganti kenderaan di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu dikompaun oleh KPDNHEP Kelantan pada Isnin selepas gagal mempamerkan tanda harga.
Sebuah bengkel yang menawarkan perkhidmatan membaiki dan menjual alat ganti kenderaan di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu dikompaun oleh KPDNHEP Kelantan pada Isnin selepas gagal mempamerkan tanda harga.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah bengkel yang menawarkan perkhidmatan membaiki dan menjual alat ganti kenderaan di Wakaf Che Yeh di sini, dikompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan pada Isnin selepas gagal mempamerkan tanda harga.

KPDNHEP Kelantan dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, kegagalan mempamerkan harga alat ganti dan kos perkhidmatan yang dibekalkan itu bercanggah dengan peraturan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

"Pihak kami telah menerima aduan daripada seorang lelaki secara rasmi yang lengkap dengan bukti pembayaran.

"Susulan itu, sepasukan anggota penguat kuasa telah digerakkan ke premis berkenaan untuk membuat pemeriksaan," katanya.

KPDNHEP Kelantan berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati premis berkenaan tidak mempamerkan tanda harga alat ganti dan kos perkhidmatan yang dibekalkan mengikut peraturan bengkel di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Katanya, tindakan segera ini bertujuan memberikan pengajaran kepada semua pihak supaya kekal patuh kepada peraturan sedia ada.

KPDNHEP Kelantan turut mengingatkan peniaga supaya tidak memanipulasi perniagaan serta mengambil kesempatan kepada pengguna.

"Kami amat mengalu-alukan pengguna untuk membuat laporan sekiranya berlaku penindasan ke atas mereka.

Artikel Berkaitan:

"Nasihat kami, supaya mengemukakan bukti sebagai rujukan semasa membuat aduan rasmi kepada KPDNHEP Kelantan," katanya.