Senarai pemain B-19 negara dimuktamadkan

Hassan
Hassan
A
A
A

SENARAI akhir bagi 23 pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) yang bakal beraksi bagi aksi Kelayakan Piala Asia B-20 2023 di Ulaanbaatar, Mongolia, mulai 14 hinga 18 September 2022, telah dimuktamadkan pada Ahad.

Berdasarkan senarai akhir berkenaan, pengendali skuad bawah 19 tahun, Hassan Sazali Waras dilihat mengekalkan seramai 16 daripada 25 pemain daripada skuad yang menjuarai Kejuaraan B-19 AFF 2022 di Indonesia 15 Julai lalu termasuk 10 daripada 20 pemain daripada skuad yang muncul naib juara 4th International U-19 Football Thanh Nient Tournament 2022 di Vietnam, 11 Ogos lalu.

Untuk rekod, seramai lima pemain, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri, Danish Irfan Azman, Muhammad Izrin Ibrahim, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dan Aizat Aiman Mazlan, berada dalam skuad untuk kedua-dua kejohanan berkenaan manakala dua pemain baharu yang ditampilkan kali ini ialah Muhammad Marwan Abdul Rahman dan Oswyn Lim.

Skuad B-19 negara dijadualkan berlepas ke Ulaanbaatar pada malam ini (Ahad).

Skuad B-19 akan memulakan cabaran dalam Kumpulan E berdepan tuan rumah, Mongolia pada 14 September dan Sri Lanka (16 September) pada 5 petang manakala Republik Korea pada 18 September (12.30 tengah hari).

Kesemua perlawanan bakal berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia.

Artikel Berkaitan: