Negeri Sembilan buru status kedua terbaik Liga Super

Gustavo (tengah) meledak dua gol ketika membantu NSFC kalahkan Sarawak United 3-2 dalam aksi Liga Super.
Gustavo (tengah) meledak dua gol ketika membantu NSFC kalahkan Sarawak United 3-2 dalam aksi Liga Super.
A
A
A

PENGENDALI Negeri Sembilan (NS) FC, K Devan percaya pasukannya masih mampu untuk menamatkan saingan di kedudukan kedua Liga Super selepas berjaya menewaskan Sarawak United 3-2 pada Jumaat.

Meskipun sedar ia bukanlah satu tugas mudah kerana perlu bersaing dengan Sabah FC yang menghuni kedudukan kedua liga dengan 36 mata berbaki lima perlawanan.

Skuad Jang ketika ini menghuni tangga ketiga setelah mengumpul 35 mata dan berbaki empat lagi aksi, sambil tidak boleh memandang mudah cabaran Terengganu FC yang berkedudukan keempat dengan 29 mata.

Pasukan pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) hampir pasti merangkul kejuaraan buat kali kesembilan dilihat selesa dengan 42 mata daripada 16 perlawanan.“Melihat kepada keputusan perlawanan ini, saya rasa kita berpeluang untuk menamatkan saingan liga di kedudukan lebih baik iaitu di tempat kedua carta memandangkan ada baki empat perlawanan lagi.

“Kita kena fokus empat perlawanan. Aksi itu membabitkan dua perlawanan di tempat sendiri iaitu bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Melaka United FC sebelum mengakhiri saingan Liga Super bertemu Sri Pahang FC.

“Dengan prestasi yang dipamerkan dan semangat pemain, saya rasa kita boleh kutip mata pada baki perlawanan ini untuk menamatkan saingan di tempat lebih baik. Namun kalau boleh, kita hendak kekalkan di tempat ketiga musim ini,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Paroi pada Jumaat, penyerang import NSFC dari Brazil, Gustavo Dos Santos meledak dua gol, manakala Matheus Alves menyumbang satu jaringan ketika membantu skuad Jang menewaskan Sarawak United 3-2.

Dua gol Sarawak dihasilkan oleh Raja Imran Shah Raja Amin dan Nur Shamie Iszuan Amin.

Artikel Berkaitan:

Mengulas prestasi para pemain, Devan mengakui berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan meskipun turun tanpa tiga tonggak.

Bagaimanapun, di sebalik kemenangan tersebut, beliau turut rasa kecewa dengan pasukannya yang melepaskan dua gol kepada pihak lawan.

“Saya turunkan Khair Jones bagi menggantikan Khuzaimi (Piee) yang dikenakan dua penggantungan. Khair dapat beraksi baik dalam membantu bahagian pertahanan.

“Sebenarnya kita turun tanpa tiga tonggak utama termasuk dua lagi iaitu Saiful (Ridzuan Selamat) dan Mohamad Zamri (Ramli),” ujarnya,