Jesus tidak disenarai dalam skuad Brazil

Jesus
Jesus
A
A
A

PENYERANG Arsenal, Gabriel Jesus tidak berada dalam senarai 26 pemain yang dipanggil ke skuad Brazil untuk aksi persahabatan bulan ini berdepan Ghana dan Tunisia.

Jurulatih skuad Samba, Tite berkata, bagaimanapun senarai pemain yang dipanggil tidak semestinya akan mendapat tempat dalam skuad yang akan ke Piala Dunia Qatar November ini.

“Untuk panggilan skuad kebangsaan kali ini, kita mahu beri peluang kepada semua pemain mempamerkan bakat mereka.

“Pemain yang tidak dipanggil ke skuad kebangsaan bukanlah bermaksud mereka akan terlepas peluang mewakili Brazil di Piala Dunia.

“Mungkin ada beberapa perubahan akan dilakukan dalam senarai akhir yang akan ke Piala Dunia,” katanya.

Selain Jesus, turut tidak dipanggil ke skuad kebangsaan ialah rakan sepasukannya Gabriel Martinelli dan Gabriel Magalhaes, Coutinho serta Dani Alves.

Manakala pemain Juventus, Bremer dan bintang AS Roma, Ibanez boleh mendapat peluang penampilan pertama di bahagian pertahanan.

Brazil akan menentang Ghana pada 23 September di Le Havre, Perancis dan Tunisia di Paris tiga hari kemudian.

Artikel Berkaitan:

Pada Piala Dunia, Brazil berada dalam Kumpulan G bersama Cameroon, Serbia dan Switzerland.