Imigresen gempur PATI ketika sedang tidur

 Seramai 55 PATI ditahan dalam Operasi Sapu di kawasan rumah pekerja di Batu 19 Sungai Tiram.
Seramai 55 PATI ditahan dalam Operasi Sapu di kawasan rumah pekerja di Batu 19 Sungai Tiram.
A
A
A

SANDAKAN - Seramai 55 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Sapu di kawasan rumah pekerja di Batu 19 Sungai Tiram, di sini, awal pagi Jumaat.

Dalam operasi kira-kira jam 1.10 pagi itu, semua PATI warga Filipina yang berusia antara empat bulan hingga 52 tahun sedang tidur di rumah pekerja terbabit.

Pengarah Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yusof berkata, dalam operasi itu seramai 88 individu telah diperiksa.

Dalam operasi kira-kira jam 1.10 pagi itu, semua PATI warga Filipina yang berusia antara empat bulan hingga 52 tahun sedang tidur di rumah pekerja terbabit.
Dalam operasi kira-kira jam 1.10 pagi itu, semua PATI warga Filipina yang berusia antara empat bulan hingga 52 tahun sedang tidur di rumah pekerja terbabit.

"Semasa serbuan kesemua mereka sedang tidur di rumah kongsi pekerja dan hasil pemeriksaan seramai 55 individu terdiri daripada 19 lelaki dan 13 wanita dewasa serta 23 kanak-kanak disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Turut ditahan ketika serbuan adalah seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun disyaki sebagai majikan dan akan disiasat di bawah seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja warga asing yang tidak memiliki pas yang sah di bawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 serta turut disyaki membenarkan imigran haram untuk masuk dan berada di permis itu, " katanya dalam kenyataan pada malam Jumaat.

Katanya lagi, operasi itu akan terus dipergiat dan diteruskan oleh Imigresen Malaysia di negeri ini untuk membanteras PATI khususnya yang disyaki bekerja tanpa pas dan permit yang sah.

Artikel Berkaitan: