Dua maut nahas pesawat tentera Indonesia

Sinar Harian pada Khamis melaporkan pesawat latihan G-36 Bonanza T-2503 milik Tentera Laut Indonesia (TNI AL) terhempas di lautan Selat Madura, Jawa Timur.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan pesawat latihan G-36 Bonanza T-2503 milik Tentera Laut Indonesia (TNI AL) terhempas di lautan Selat Madura, Jawa Timur.
A
A
A

JAKARTA - Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan milik Tentera Laut Indonesia disahkan terbunuh selepas pesawat itu terhempas di perairan wilayah Jawa Timur pada Rabu, kata Ketua Staf Angkatan Laut Indonesia Laksamana Yudo Margono pada Khamis, lapor Xinhua.

"Kedua-dua mereka (juruterbang dan pembantu juruterbang) disahkan maut," kata laksamana itu pada sidang akhbar.

Pesawat G-36 Bonanza T-2503, dilaporkan terhempas di Selat Madura semasa menjalankan latihan pertahanan.

Margono berkata mayat mangsa masih di dalam pesawat ketika bangkai pesawat itu dijumpai.

"Kedua-dua mereka masih duduk di kerusi masing-masing di dalam pesawat. Bangkai pesawat dikeluarkan dari lautan pagi ini (Khamis)," kata Margono. - Bernama

Artikel Berkaitan: