Sila log masuk terlebih dahulu.

Menteri jangan sibuk nak PRU, fikir banjir dahulu: Hannah

08 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 8 SEPTEMBER 2022

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh bimbang akan berlakunya bencana banjir pada hujung tahun ini disaat kerajaan sedang sibuk dengan persiapan PRU15.

Menurutnya, kerajaan jangan hanya fikir berpolitik, malah harus fikir masalah rakyat apabila terkena musibah banjir yang tidak mustahil akan terjadi sekali lagi seperti tahun lepas.

Hannah menambah, kerajaan juga tidak perlu berteka-teki bila tarikh sebenar perlaksanaan PRU15 dan perlu diumumkan segera supaya menteri-menteri dapat menjalankan tanggungjawab mereka secepat mungkin.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#KRPPM #RasuahBusters #Segambut #sinarharian