LBS raih Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik (Malaysia) 2022

Hock Guan bersama Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia 2022 yang dimenangi oleh LBS Bina pada Rabu.
Hock Guan bersama Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia 2022 yang dimenangi oleh LBS Bina pada Rabu.
A
A
A

LBS Bina Group Berhad telah dipilih sebagai penerima ‘Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik (Malaysia) 2022’ oleh firma perunding global terkemuka Deloitte.

Pengarah Urusan LBS Bina Group, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan berkata, sebagai sebuah syarikat pemaju perumahan, matlamat syarikat adalah untuk memberi kediaman selesa dan terbaik untuk rakyat.

“Tanpa sokongan tenaga kerja LBS juga, kami tidak mungkin akan sampai ke tahap ini dan pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk kami menjadi lebih baik dan progresif di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum itu, Hock Guan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LBS Bina Group menerima anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte SEA, Philip Yuen pada majlis yang diadakan di Hotel Sunway Resort pada Rabu.

Anugerah Pengurusan Syarikat Terbaik Deloitte merupakan satu anugerah perniagaan terkemuka yang telah dianjurkan di lebih 37 buah negara sejak 1993.

Ia mengiktiraf syarikat tempatan milik persendirian (termasuk entiti yang tersenarai dengan saham majoriti yang dipegang secara persendirian) di atas kecemerlangan organisasi dan sumbangan mereka kepada ekonomi negara.

Hock Guan (dua dari kiri) menerima Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia 2022 daripada Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte SEA, Philip Yuen (kiri), sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte Malaysia, Yee Wing Peng (kanan), dan tetamu kehormat, Tan Sri Abdul Wahid Omar
Hock Guan (dua dari kiri) menerima Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia 2022 daripada Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte SEA, Philip Yuen (kiri), sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte Malaysia, Yee Wing Peng (kanan), dan tetamu kehormat, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Hock Guan dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada barisan juri yang memilih LBS sebagai penerima anugerah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Kami berjaya berada dalam kalangan syarikat terbaik di Malaysia dan komitmen LBS terhadap pendigitalan bukti kami sentiasa menyesuaikan diri dengan persekitaran yang semakin canggih,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim berkata, 70 peratus tenaga kerja di LBS berumur 40 tahun ke bawah.

“Kami sedar bahawa tenaga kerja kami terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Oleh itu, adalah penting untuk syarikat membuka ruang perbincangan sebagai platform menyuarakan pendapat bagi menghasilkan idea terbaik,” jelas beliau.