RON97 turun 10 sen seliter

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter daripada RM4.30 kepada RM4.20 manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok (Khamis) hingga 14 September.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga baharu tersebut akan berkuat kuasa mulai 12 tengah malam ini sehingga Rabu hadapan, 14 September 2022.

Menurut kenyataan itu, bagi melindungi pengguna dari kenaikan harga sebenar harga minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar kedua-kedua produk berkenaan telah naik ke paras harga siling yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: