PM bangga bahasa Melayu dimartabat di pentas dunia

Ahli Parlimen Australia kelahiran Malaysia, Sam Lim menarik perhatian ramai apabila membuat ucapan sulungnya di Parlimen negara itu menggunakan bahasa Melayu dan Cina.
Ahli Parlimen Australia kelahiran Malaysia, Sam Lim menarik perhatian ramai apabila membuat ucapan sulungnya di Parlimen negara itu menggunakan bahasa Melayu dan Cina.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan kebanggaan apabila melihat bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia oleh ahli Parlimen Australia kelahiran Malaysia, Sam Lim ketika menyampaikan ucapan sulungnya di Parlimen negara berkenaan.

Menerusi ciapan di Twitternya, Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Sam sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth, Australia.

"Bahasa Melayu bergema di bumi Australia. Saya bangga melihat bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia oleh @SamLimMP ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia.

"Tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth dan selamat berkhidmat," katanya pada Rabu.

Sam dilapor menarik perhatian ramai apabila membuat ucapan sulungnya di Parlimen negara itu menggunakan bahasa Melayu dan Cina.

Sam, 61, yang mewakili Parti Buruh dilantik sebagai ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Perth di Tangney pada pilihan raya umum Australia, baru-baru ini.

Ketika berucap, Sam merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Australia dan Malaysia yang menyokongnya sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

"Kepada semua saudara-saudara yang berada di Malaysia, Australia dan seluruh pelosok dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang telah anda sekalian berikan kepada saya.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih atas semua dokongan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia. Terima kasih semua," kata beliau.