Lelaki diugut bayar RM1,900 jika tak mahu video bogel tersebar

ISMAIL
ISMAIL
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang lelaki mendakwa menerima panggilan telefon dan kemudian diugut supaya membayar RM1,900 jika tidak mahu video bogelnya tersebar.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, disebabkan ketakutan mangsa yang berusia 26 tahun terbabit membayar wang itu kepada suspek.

"Pada 27 Julai lalu, pihak polis menerima satu laporan polis daripada mangsa menyatakan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengugut menyebarkan video bogel milik mangsa jika tidak membayar sejumlah wang.

"Mangsa berasa takut memindahkan wang sebanyak RM 1,900 ke dalam akaun suspek," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurut Ismail, susulan daripada laporan itu, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan di Jalan Klang Lama pada 28 Ogos lalu.

"Suspek yang berasal dari Kuala Lumpur itu ditahan dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Brickfields.

"Suspek dibawa di IPD Batu Pahat bagi membantu siasatan lanjut. Suspek direman dua hari bermula Selasa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. Polis kini sedang giat mengesan seorang lagi suspek," katanya.

Artikel Berkaitan: