Pelan tindakan teknologi dron akan dibangunkan: PM

Ismail Sabri - Foto Bernama
Ismail Sabri - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) akan dibangunkan sebagai agenda nasional bagi menyokong ekosistem dron, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, itu antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat kedua Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) dipengerusikan beliau hari ini, yang turut dihadiri menteri-menteri serta ketua-ketua jabatan dan agensi terlibat.

"Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) sebagai agensi penyelaras dan sekretariat MDTAP30 akan melaporkan kemajuan kepada ahli majlis melalui Kluster Teknologi Baru Muncul,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, satu Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UAS-TM) juga akan dibangunkan bagi meningkatkan Kecekapan Proses Pendaftaran Operator Dron untuk menambahkan pendaftaran UAS menjelang 2030.