Klopp percaya Nunez akan temui sentuhan

Klopp (kiri) tidak bimbang dengan prestasi Nunez. - Foto Agensi
Klopp (kiri) tidak bimbang dengan prestasi Nunez. - Foto Agensi
A
A
A

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp menafikan beliau bimbang dengan prestasi Darwin Nunez, sebaliknya optimis bahawa pemain itu akan menyerlah pada perlawanan akan datang.

Pemain berusia 23 tahun itu melakukan enam hantaran ketika The Reds terikat tanpa jaringan menentang Everton Sabtu lalu dan tiga percubaannya tepat ke sasaran.

"Ia satu yang normal. Saya tahu dia mempunyai peluang apabila melihat gol, namun (Jordan) Pickford berada di sana untuk menyelamatkannya.

"Dia akan menjaringkan gol pada saat-saat seperti ini pada masa hadapan. Ia hanya satu situasi," ujar Klopp.

Penyerang Uruguay itu menyertai Liverpool dengan nilai £64 juta (RM422.78 juta) dari Benfica, selepas meledak 34 gol untuk Benfica.

Pada aksi pramusim Nunez dibandingkan dengan pemain baharu Manchester City, Erling Haaland terutama selepas menjaringkan gol ketika perlawanan Perisai Komuniti di mana Liverpool menewaskan City 3-1.

Pemain Norway itu bagaimanapun sudah meledak 10 gol dalam hanya enam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berada di landasan terbaik untuk merampas Kasut Emas daripada Mohamed Salah.

Nunez menyumbat gol pada penampilan sulungnya ketika dimasukkan dari bangku simpanan pada aksi menentang Fulham kemudiannya di buang padang ketika perlawanan menentang Crystal Palace.

Artikel Berkaitan:

Sekembalinya ke Goodison Park dia gagal menemui sentuhan jaringan.

Bagaimanapun Klopp tidak berasa bimbang dan percaya Nunez akan mengambil peluang dalam perlawanan akan datang apabila dia betul-betul menyesuaikan diri dengan pasukan.

"Dia tidak mempunyai masalah integrasi. Kami bermain sepanjang masa dan itu bermakna kami tidak boleh berlatih secara berterusan," katanya.

Dalam sesi latihan yang dilalui dia kelihatan sangat baik, tetapi dia perlu bekerjasama.

"Dia tidak menjaringkan gol, tetapi ia bukan satu kebimbangan. Ia hanya satu situasi.

"Semuanya baik pada masa ini dalam perspektif itu. Kami bertarung, tidak selalu bermain dengan sangat baik tetapi kami mempunyai peluang terbaik dan tidak menggunakannya.

"Kami boleh menang tapi kami juga boleh kalah, jadi kami ambil dan teruskan," katanya.