Spurs bukan calon juara EPL: Conte

Kane meraikan jaringannya ketika membantu Spurs menewaskan Fulham 2-1 di Tottenham Hotspur Stadium pada Sabtu.
Kane meraikan jaringannya ketika membantu Spurs menewaskan Fulham 2-1 di Tottenham Hotspur Stadium pada Sabtu.
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte memuji persembahan konsisten yang ditampilkan pasukannya ketika membenam Fulham 2-1 di laman sendiri sekali gus menyaksikan rekod tanpa kalah Spurs masih kekal.

Bagaimanapun di sebalik rekod tanpa kalah itu, Conte masih tidak melihat pasukannya akan menjadi pencabar kejuaraan liga pada musim ini memandangkan banyak lagi kelab lain dilihat berpotensi untuk menjadi juara.

“Sudah tentu memulakan kempen liga tanpa kalah adalah sangat baik buat pasukan. Bagaimanapun saya berpandangan Spurs masih bukan pasukan pilihan untuk bergelar juara liga musim ini.

“Ini kerana saya harus realistik memandangkan saya baru mengemudi pasukan ini dalam tempoh 10 bulan sahaja berbanding pasukan lain yang sudah bersama jurulatih mereka dalam satu tempoh yang agak lama.

“Bagaimanapun ia bukanlah maksud kami tidak akan menjadi pencabar kejuaraan liga musim ini. Cuma kami akan cuba menampilkan aksi yang baik pada setiap perlawanan,” katanya.

Pada aksi berlangsung di Tottenham Hotspur Stadium, Pierre-Emile Hojbjerg membuka tirai jaringan buat Spurs pada minit ke-40 sebelum penyerang sensasi mereka menggandakan kedudukan pada minit ke-75.

Fulham bagaimanapun cuba bangkit apabila memperoleh jaringan menerusi penyerangnya, Mitrovic pada minit ke-83, namun ia sudah terlambat untuk menyekat Spurs daripada mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

Kemenangan itu menyaksikan Spurs kini berada di kedudukan ketiga liga selepas mengumpul 14 daripada enam perlawanan setakat ini.

Artikel Berkaitan: