Dakwaan LCS: Polis rampas telefon bimbit Rafizi

Rafizi ketika ditemui media di IPD Sentul di sini pada Sabtu.
Rafizi ketika ditemui media di IPD Sentul di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merampas telefon bimbit milik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli untuk membantu siasatan berkaitan dakwaan mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS) membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Rafizi berkata, pihak polis telefon merampas sebuah telefon bimbit jenis iPhone untuk siasatan lanjut.

Saya menganggap ia proses biasa bagi membantu siasatan, setakat ini lima telefon iPhone saya telah dirampas polis sejak 2011.

"Ada telefon bimbit itu telah pun dipulangkan semula, ada yang tidak dipulangkan kepada saya," katanya ketika di temui media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, pada Sabtu.

Beliau bersama peguamnya tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 3 petang bagi merakamkan keterangan dan selesai jam 4.30 petang.

Rafizi berkata, beliau tidak boleh memberi sebarang komen kerana kes tersebut sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

"Saya hanya boleh memberi komen jika ia tiada kaitan dengan kes tersebut, proses rakaman keterangan berjalan lancar, malah pihak polis memberi layanan yang baik," katanya.

Artikel Berkaitan: