Usahawan luar bandar perlu manfaatkan Program DesaMall@KPLB

Mahdzir (tujuh dari kanan) bersama wakil 11 syarikat yang menandatangani MoU bersama eLokal Sdn Bhd bagi menjayakan Program DesaMall@KPLB.
Mahdzir (tujuh dari kanan) bersama wakil 11 syarikat yang menandatangani MoU bersama eLokal Sdn Bhd bagi menjayakan Program DesaMall@KPLB.
A
A
A

ALOR SETAR - Usahawan di luar bandar perlu memanfaatkan peluang kerjasama di antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Syarikat eLokal Sdn Bhd melalui pelaksanaan Program DesaMall@KPLB yang diadakan sejak 2017.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerjasama tersebut meliputi bimbingan dan latihan kepada usahawan yang berada di luar bandar termasuk memasarkan produk yang dihasilkan di dalam talian.

Menurutnya, syarikat itu juga turut membantu usahawan luar bandar untuk bekerjasama dengan pemain industri yang relevan bagi mencapai misi DesaMall@KPLB.

"Kita harap masyarakat luar bandar terutamanya usahawan termasuk yang belajar dalam digital ini dapat memanfaatkan peluang daripada kerjasama ini.

"eLokal Sdn Bhd juga boleh buat sasaran berapa ramai usahawan luar bandar yang mahu dilatih.

"Perlu ada peningkatan jualan dalam jualan usahawan sebab melibatkan kerjasama dengan institusi kewangan seperti beberapa bank," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Pelanjutan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat itu sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah di Stadium Darul Aman, dekat sini pada Sabtu.

Pada majlis itu juga, Mahdzir turut menyaksikan MoU antara eLokal Sdn Bhd bersama 11 syarikat rakan strategik bagi menjayakan DesaMall@KPLB.

Antara syarikat tersebut adalah Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN), Mesinkira, Fasspay, Boost Biz, MaybankQR, Celcom, Maxis, Foodpanda Malaysia dan Lazada.

Artikel Berkaitan: