Cabaran Malaysia di Terbuka Jepun berakhir

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
CABARAN Malaysia dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2022 berakhir pada peringkat suku akhir selepas baki tiga wakil beregu negara tewas dalam perlawanan menentang lawan masing-masing di Arena Maruzen Intec, Osaka, pada Jumaat.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China terbukti terlalu hebat dan sukar ditandingi pasangan beregu utama negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Pasangan China nombor empat dunia itu menang 21-16, 21-15 menentang pemain nombor 12 dunia, Kian Meng-Pei Jing pada peringkat suku terakhir.

Satu lagi pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei turut berdepan nasib serupa di tangan juara dunia tiga kali dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Pemain nombor dua dunia dari China itu memenangi perlawanan dengan mudah 21-13, 21-10 selepas bertarung selama 26 minit.
Artikel Berkaitan:


Dalam acara beregu lelaki, pasangan profesional Yew Sin-Teo Ee Yi tewas 21-17, 17-21, 13-21 kepada Choi Sol Gyu-Kim Won Ho dari Korea Selatan. - Bernama