Sabah, KL City kongsi mata di Likas

Antara aksi Sabah FC menengang KL City di Stadium Likas sebentat tadi.
Antara aksi Sabah FC menengang KL City di Stadium Likas sebentat tadi.
A
A
A

KUALA Lumpur (KL) City FC dan Sabah FC berkongsi satu mata selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 pada aksi Liga Super, sebentar tadi.

Ini merupakan keputusan seri kali keempat diraih skuad bimbingan Bojan Hodak selepas 16 perlawanan manakala Sabah pula merekodkan keputusan seri kali ketiga dalam 17 aksi musim ini

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Likas Kota Kinabalu, The Hawks terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada awal permainan menerusi Giancarlo Gallifuoco yang menanduk masuk sepakan percuma ketua pasukan, Paulo Josue.

Tersentak dengan gol tersebut, Sabah cuba kembali mengatur perlawanan dengan melakukan serangan ke kubu lawan, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan sekali gus kedudukan 1-0 kekal pada separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, anak buah Ong Kim Swee terus mengekalkan asakan kearah kubu KL City dan ia nyata membuahkan hasil apabila mendapat gol penyamaan tiga minit selepas babak kedua bermula menerusi tonggak pertahanannya, Dominic Tan.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak kekal lama apabila pemain tengah KL City, Akram Mahinan kembali meletakkan pasukan warga kota itu di hadapan selepas menanduk masuk sepakan percuma Paulo pada minit ke-61.

Ketika perlawanan seakan kelihatan berpihak kepada KL City, pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani berjaya menyelamatkan maruah pasukannya apabila berjaya menyempurnakan sepakan percuma sekali gus kedudukan 2-2 kekal hingga tamat permainan.

Keputusan itu menyaksikan, KL City FC kini kekal berada di kedudukan kedua liga selepas mengumpul 36 mata dari 17 aksi musim ini manakala naik satu anak tangga memuntas Sri Pahang FC untuk berada di kedudukan ke lima liga.

Artikel Berkaitan: