Lokman dituduh di mahkamah esok

Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Khamis kerana didakwa menghina kerajaan dan Perdana Menteri.

Bukit Aman dalam satu pemakluman berkata, pertuduhan akan dibuat pada jam 9.30 pagi oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Pertuduhan dibuat di Mahkamah Sesyen Jenayah (Siber) Kuala Lumpur.

"Lokman akan berdepan pertuduhan membabitkan dua kes yang disiasat mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya pada Rabu.

Tambah makluman itu, dua kes itu membabitkan penghantaran video berniat jahat dan kenyataan menghina kerajaan dan Perdana Menteri melalui akaun Facebook Lokman Noor Adam Official.

Sebelum ini, Lokman dilaporkan menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia susulan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan dipenjarakan 12 tahun susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan: