Sultan Nazrin berkenan hadir sambutan Hari Kebangsaan

Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama Rejimen Askar Jurutera Diraja, 2 Division, Kem Sangro, Taiping.
Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama Rejimen Askar Jurutera Diraja, 2 Division, Kem Sangro, Taiping.
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2022 peringkat negeri Perak di Dewan Bandaran Ipoh di sini pada Rabu.

Keberangkatan baginda ditemani Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bersama dua anakanda, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya pada jam 8.20 pagi.

Turut berangkat Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin dan barisan Exco kerajaan negeri.

Sambutan bermula dengan perarakan masuk panji unit dan kawalan kehormatan utama dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kontinjen pembawa bendera Malaysia berarak di hadapan Sultan Nazrin pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri Perak.
Kontinjen pembawa bendera Malaysia berarak di hadapan Sultan Nazrin pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri Perak.

Sultan Nazrin kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja, 2 Division, Kem Sangro, Taiping.

Acara sambutan diserikan dengan persembahan koir gabungan tiga buah sekolah - Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ave Maria Convent, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJ) Sam Tet dan SMJK Ave Maria Convent dengan lagu Keluarga Malaysia Teguh Bersatu dan Jalur Gemilang.

Artikel Berkaitan:

Acara sambutan diserikan dengan persembahan koir gabungan tiga sekolah.
Acara sambutan diserikan dengan persembahan koir gabungan tiga sekolah.

Persembahan muzikal bertajuk 'Merentas gempita bersama Keluarga Malaysia' yang mengisahkan perjuangan rakyat Malaysia bersama-sama menentang pandemik Covid-19 turut mencuri perhatian.

CycleDios turut menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak di Dewan Bandaran Ipoh.
CycleDios turut menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak di Dewan Bandaran Ipoh.

Majlis diteruskan dengan perarakan masuk perbarisan 95 kontinjen yang disertai kira-kira 6,200 peserta pelbagai agensi dan kerajaan tempatan, pasukan beruniform universiti awam, badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

Antara kontinjen yang menyertai perbarisan adalah Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) termasuk perarakan aset-aset jabatan.

Kontinjen JBPM turut berarak pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri Perak di Dewan Bandaran Ipoh pada Rabu.
Kontinjen JBPM turut berarak pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri Perak di Dewan Bandaran Ipoh pada Rabu.

Kira-kira 20,000 rakyat negeri ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum memeriahkan sambutan dengan menunjukkan semangat patriotik.

Sultan Nazrin memberi tabik hormat kepada kontinjen yang berarak pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Bandaran Ipoh. - Foto ihsan pembaca
Sultan Nazrin memberi tabik hormat kepada kontinjen yang berarak pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Bandaran Ipoh. - Foto ihsan pembaca