Mayat kanak-kanak mangsa lemas ditemui

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA BALAH - Mayat kanak- kanak lelaki mangsa lemas di Sungai Pergau berhampiran kawasan lombong emas Kuala Balah di sini ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Mohd Adni Ibrahim berkata, mayat Muhammad Faris Izwan Mohd Fazli, 6, ditemui terapung di permukaan air jam 12.40 tengahari tadi.

"Mayat mangsa ditemui dalam jarak 1.3 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai jatuh," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dijalankan jam 9.23 malam tadi sebaik menerima laporan berhubung kejadian.

"Gerakan mencari dan menyelamat dihentikan pada jam 1.20 pagi sebelum disambung semula jam 8 pagi tadi, yang akhirnya membawa kepada penemuan mangsa selepas empat jam operasi dimulakan," katanya.

Dalam kejadian jam 5 petang semalam, mangsa dikatakan ke sungai berkenaan untuk mandi bersama dua rakan berusia enam dan sembilan tahun sebelum dihanyutkan arus sungai berkenaan.

Bapa Muhammad Faris Izwan yang menyedari kehilangan anak lelakinya itu bergegas ke sungai berkenaan sebelum menemui pakaian mangsa di tebing sungai berkenaan.

Artikel Berkaitan: