Palestin hasrat perkukuh hubungan bersama Malaysia

Palestin mahu mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin bersama Malaysia berdasarkan hubungan persaudaraan dan saling menghormati.
Palestin mahu mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin bersama Malaysia berdasarkan hubungan persaudaraan dan saling menghormati.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 yang akan disambut esok (Rabu).

"Saya berdoa kepada Allah Yang Maha Esa agar mengurniakan kebahagiaan, kejayaan, kemajuan dan kemakmuran kepada Malaysia dan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau mengulangi keazaman kerajaan dan rakyat Palestin untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin berdasarkan hubungan persaudaraan dan saling hormat-menghormati serta berhasrat mencapai kemajuan yang ketara dalam setiap kemungkinan kerjasama bagi kedua-dua negara.

Abu Ali berkata, rakyat Palestin amat menghargai sokongan padu rakyat Malaysia yang tidak berbelah-bahagi, bagi menuntut Keadilan untuk Palestin.

Selepas dua tahun berlalu akibat sekatan pandemik Covid-19, sambutan Hari Kebangsaan Malaysia kembali dianjurkan di Dataran Merdeka, pada 31 Ogos. - Bernama

Artikel Berkaitan: