Sila log masuk terlebih dahulu.

Kalau ada masalah, panggil Lee Lam Thye

31 Ogos 2022 | Bersama
A
A
A

Kalau ada masalah, panggil Lee Lam Thye!

Pernah menjadi Yang Berhormat selama 21 tahun, Tan Sri Lee Lam Thye sangat diingati sebagai seorang pemimpin yang ada perangai 'unik' iaitu suka membawa mesin taip ke sana sini dan memandu kereta buruk.

Merasai jiwanya lebih kepada rakyat berbanding politik, beliau akhirnya bersara pada tahun 1990 dan menumpukan perhatian kepada kerja-kerja kebajikan.

Mencecah usia 76 tahun kini, Lam Thye masih gigih dan komited dengan semangat kesukarelawanan, sehingga beliau melancarkan sebuah buku bertajuk 'Call Lee Lam Thye: Recalling A Lifetime of Service'.

Banyak lagi kisah menarik dan menyentuh hati yang beliau kongsi dalam program Bersama Johan Jaaffar di semua platform media sosial Sinar Harian.

#BersamaJohanJaaffar #SinarHarian #Malaysia #LeeLamThye #sukarela #sukarelawan #YangBerhormat #politik #politikMalaysia