Conte pilih Heung-min sebagai menantu?

Conte (kiri) percaya Heung-min berupaya menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan EPL selepas ini. - Foto Agensi.
Conte (kiri) percaya Heung-min berupaya menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan EPL selepas ini. - Foto Agensi.
A
A
A

PENYERANG sensasi, Son Heung-min masih belum menyumbat sebarang gol walaupun Tottenham Hotspur beraksi cemerlang dalam saingan awal Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bagaimanapun pengendali Spurs, Antonio Conte mempertahankan ketumpulan penyudah pemain Korea Selatan itu, malah sebaliknya mengakui sedia menjadikan Hueng-min sebagai menantunya.

Ketika Spurs menewaskan Nottingham Forest 2-0, Heung-min gagal menghasilkan gol dan hanya mencipta satu bantuan jaringan Conte bagaimanapun tidak terlalu bimbang dan yakin dia akan temui kembali sentuhan jaringan.

Malah pengendali dari Itali turut memuji karakter penyerangnya itu dengan menganggap Heung-min adalah lelaki yang sesuai dengan anak perempuannya.

“Sonny pemain budiman dan benar-benar lelaki yang baik. Jika saya mahu mencari suami untuk anak perempuan, saya mahukan lelaki sepertinya!," katanya.

Conte menaruh keyakinan pemain berusia 30 tahun akan menemui sentuhan jaringan kerana percaya dengan sikapnya yang tidak pernah berputus asa.

“Ketika ini dia tidak bernasib baik apabila tidak dapat menjaringkan gol. Tetapi dia pasti tidak akan mengalah dan perlu percaya diri sendiri kerana dalam setiap perlawanan mempunyai peluang menjaringkan gol.

“Dia perlu tenang dan kami percayakannya dan rakan sepasukan. Anda tahukan betapa penting dia dan Harry Kane kepada kami. Bagi saya Sonny akan selalu dalam perancangan bola sepak saya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Spurs akan menentang West Ham dalam aksi 'London derby' di tempat lawan pada awal pagi Khamis ini dan Heung-min berpeluang menamatkan kemarau jaringannya sekali gus menambat hati Conte 'untuk menjadi menantunya'.