Skandal perbankan di China, lebih 200 ditahan

Gambar fail menunjukkan para pendeposit melakukan protes di hadapan sebuah cawangan Bank Rakyat China berhubung isu rasuah oleh pegawai tempatan di Zhengzhou. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan para pendeposit melakukan protes di hadapan sebuah cawangan Bank Rakyat China berhubung isu rasuah oleh pegawai tempatan di Zhengzhou. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Polis China telah menahan lebih 200 suspek yang dikaitkan dengan salah satu skandal perbankan terbesar sehingga mencetuskan protes besar-besaran yang jarang berlaku di negara itu.

Empat buah bank di wilayah Henan, tengah China menggantung pengeluaran tunai pada April lalu ketika pihak yang mengawal selia peraturan bagi membanteras isu kesilapan pengurusan bertindak membekukan dana milik ratusan ribu pelanggan sehingga mencetuskan bantahan yang berakhir dengan keganasan.

Polis berkata, seramai 234 orang telah ditahan berhubung skandal itu pada Isnin.

"Satu kumpulan penjenayah secara haram mengawal empat buah bank kampung dan bandar dan disyaki melakukan beberapa siri jenayah berat," kata polis di bandar Xuchang dalam satu kenyataan pada Isnin seperti dilaporkan AFP.

Sektor perbankan di kawasan luar bandar China telah terjejas teruk akibat usaha dilakukan Beijing bagi mengekang gelembung hartanah dan hutang yang semakin meningkat dalam tindakan keras kewangan di negara itu.

Pihak yang mengawal selia peraturan bagi membanteras kesilapan pengurusan telah menawarkan pembayaran balik secara beransur-ansur kepada pendeposit sejak pertengahan April lalu.

Pada Isnin lalu, pihak berkuasa yang menyelia selia bank dan insurans di Henan berjanji untuk membayar balik mereka yang telah mendepositkan antara 400,000 (RM259,366) dan 500,000 (RM324,207) mulai minggu ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: