Terbuka AS: Medvedev tepati ramalan mara ke pusingan kedua

Medvedev ketika beraksi di pusingan pertama Terbuka AS.
Medvedev ketika beraksi di pusingan pertama Terbuka AS.
A
A
A

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Daniil Medvedev memulakan saingan Terbuka Amerika Syarikat dengan langkah kanan selepas mara ke pusingan kedua kejohanan Grand Slam tersebut.

Dalam aksi yang berlangsung di Flushing Meadows, juara bertahan itu tidak berdepan sebarang masalah untuk menidakkan cabaran pemain tuan rumah, Stefan Kovlov menerusi kemenangan straight set 6-2, 6-4, 6-0.

Menurut Medvedev, meskipun turun dengan status juara bertahan, ia langsung tidak memberi tekanan, sebaliknya membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada musim lalu.

“Sejujurnya, saya tidak tertekan beraksi di Terbuka AS kali ini meskipun turun dengan status sebagai juara bertahan.

“Mungkin satu-satunya tekanan yang akan saya rasai adalah jika tidak bermain dengan bagus di sini atau apa-apa alasan lain.

“Saya tidak kisah memenanginya musim lalu, cuma akan kecewa jika edisi kali ini tidak berjalan seperti yang dimahukan," katanya.

Medvedev selepas ini akan meneruskan cabarannya dengan bertemu Arthur Rinderknech dalam pusingan kedua selepas pemain Perancis itu menewaskan rakan senegaranya, Quentin Halys, dalam aksi empat set.

Artikel Berkaitan: