Sila log masuk terlebih dahulu.

RM1.5 juta bantu anak yatim akibat Covid-19 di Johor

29 Ogos 2022 | VIDEO
A
A
A

BERITA SEMASA 29 OGOS 2022

Sebanyak RM1.5 juta sudah dibelanjakan kerajaan negeri Johor menerusi program Anak Johor Prihatin bagi membantu 1,188 anak di negeri ini yang kehilangan ibu, bapa atau penjaga akibat Covid-19 sejak tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Nurul Naqiah Fadzil berkata, perbelanjaan itu merupakan sebahagian daripada peruntukan RM3 juta yang disalurkan kerajaan negeri menerusi Program Anak Johor Prihatin.

Program ini bertujuan memastikan anak-anak yatim piatu akibat Covid-19 dibantu dan mendapat sokongan moral serta disantuni sehingga mereka melanjutkan pengajian di kolej atau universiti.

Artikel: https://bit.ly/3wGgC63

Muzik: Elevate dari Bensound

#SinarHarian #BeritaSemasa