Karnival anjuran GanoFarm erat hubungan kekeluargaan menerusi aktiviti sains

Peggy (tengah) bersama Magnus (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif VMS Malaysia, Jeffery Ng pada perjumpaan bersama media yang berlangsung, baru-baru ini.
A
A
A
Karnival bertemakan 'Love in Caring Hands' ini dianjurkan Ganofarm R&D Sdn Bhd (GanoFarm) bersama VMS Malaysia Sdn Bhd, Bioeconomy Corporation, Malaysian Biotechnology Information Centre (MABiC) dan Princeread Academy.
Pengerusi program, Magnus Mong berkata, karnival ini merupakan platform ibu bapa meluangkan masa menemani anak-anak sambil mendedahkan mereka ke dunia sains.
Katanya, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival ini, termasuk pameran, kiosk foto dan pemeriksaan kesihatan.