Peminta sedekah warga Myanmar ditahan

Gambar peminta sedekah warga Myanmar yang ditahan anggota polis tular di laman sosial.
Gambar peminta sedekah warga Myanmar yang ditahan anggota polis tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Myanmar ditahan ketika meminta sedekah di lampu isyarat Jalan Subang Batu Tiga di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menahan lelaki warga emas tersebut yang meminta sedekah dari sebuah kereta ke kereta yang lain pada jam 10 pagi.

"Peminta sedekah berusia 72 tahun itu cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditahan.

"Semakan mendapati lelaki itu pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM185 yang dipercayai hasil daripada aktiviti meminta sedekah tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan, Seksyen 27 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/1963.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Syed Ali di talian 0102424949," katanya.

Artikel Berkaitan: