Jakim, pempengaruh kerjasama elak kandungan agama dipermainkan

Ahmad Marzuk (tengah) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Musaadah Bencana di Masjid Ar-Rahman, Kampung Repek, Bachok pada Ahad.
Ahmad Marzuk (tengah) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Musaadah Bencana di Masjid Ar-Rahman, Kampung Repek, Bachok pada Ahad.
A
A
A

BACHOK - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengadakan kerjasama dengan pempengaruh bagi mengelakkan kandungan agama dipermainkan di media sosial.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerjasama tersebut melibatkan perbincangan dan perancangan dalam menghasilkan kandungan yang boleh membawa kesedaran signifikan kepada kefahaman agama pada masyarakat.

"Jakim sentiasa mengadakan pertemuan dengan pempengaruh (influencer) supaya tidak menjadikan kandungan agama sebagai bahan yang boleh dipermainkan sama ada untuk provokasi termasuklah untuk perniagaan," katanya pada Majlis Penyampaian Replika Kunci Van Jenazah dan Sumbangan Musaadah Bencana di Masjid Ar-Rahman, Kampung Repek, pada Ahad.

Beliau berkata, apa yang penting pempengaruh perlu memainkan peranan dengan menyebarkan perkara-perkara yang mampu memberi manfaat dan ganjaran pahala yang berkekalan.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu turut meminta agar rakyat lebih bertanggungjawab dan menghormati Islam sebagai agama Persekutuan dalam pembikinan kandungan di platform media sosial.

Artikel Berkaitan: