Sila log masuk terlebih dahulu.

Redah tiga jam perjalanan demi Jualan Gudang Karangkraf 2022

28 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 OGOS 2022

Seorang Pembantu Kesihatan Awam sanggup menempuh perjalanan selama tiga jam dari Segamat, Johor untuk membeli pelbagai jenis buku yang ditawarkan dengan harga murah sempena Jualan Gudang Karangkraf 2022 bertempat di Kompleks Karangkraf, di sini, yang bermula pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.

Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang berlangsung dari 26 Ogos hingga 4 September ini di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam merupakan kali kedua dianjurkan pada tahun ini.

Jualan gudang selama 10 hari itu bermula dari pukul 9 pagi hingga 7 malam dengan menawarkan pelbagai bahan bacaan pada harga serendah RM1 selain menawarkan diskaun sehingga 80 peratus.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #beritasemasa