PFAM sambut baik tindakan MFL

No Image Caption
A
A
A

TINDAKAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memotong dana hak penyiaran Sarawak United bagi membantu pemain dan pegawai pasukan itu yang mengalami masalah tunggakan gaji disambut baik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

PFAM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan membantu MFL untuk menyalurkan bantuan tersebut kepada pemain Sarawak United FC seperti yang dipersetujui oleh badan pengelola liga Malaysia itu.

“Pihak MFL telah memaklumkan kepada PFAM untuk memberikan bantuan kepada pemain Sarawak United FC dengan menolak geran yang diberikan kepada Sarawak United FC berjumlah RM100,000.

“PFAM menyambut baik usaha ditunjukkan MFL dan akan bersama-sama berkerjasama dalam apa apa usaha yang mengetengahkan kebajikan dan kesejahteraan pemain.

“PFAM juga akan membantu MFL untuk menyalurkan bantuan tersebut kepada pemain Sarawak United FC seperti yang dipersetujui oleh MFL,” kata beliau.

MFL dalam satu kenyataan pada Jumaat bersetuju untuk memotong dana hak penyiaran Sarawak United sebanyak RM100,000 bagi membantu pemain dan pegawai pasukan itu yang mengalami masalah tunggakan gaji.

Menurut MFL, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-4 Bagi Penggal 2021-2025 yang dipengerusikan oleh Presiden Dato’ Ab Ghani Hassan semalam, yang bertujuan untuk meringankan beban yang dipikul oleh pemain dan pegawai terlibat.

Artikel Berkaitan: